Thursday, January 20, 2011

Kenapa perlu saya ambil takaful?

Ciri-ciri Takaful

  • Sistem Islam
  • Sumbangan Tabarru'
  • Pelaburan Halal
  • Dipantau oleh Majlis Pengawasan Syariah
  • Tiada Unsur Riba
  • Tiada Unsur Maisir
  • Tiada Unsur Gharar
  • Perkongsian Keuntungan (80% Peserta : 20% eTiQa)

Pengertian Takaful

“Skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta  sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.”
Kesimpulannya takaful merupakan cabang muamalat Islam yang saling menjamin, menjaga dan memelihara sesama peserta berasaskan kepada konsep Tabarru'.
Berdasarkan kepada ciri-ciri, pengertian dan konsep takaful bolehlah kita sama-sama menelusuri jawapan kepada soalan kenapa saya perlu ambil takaful?;
*Persiapan jika ditimpa musibah. Kita tidak tahu bila kemalangan akan menimpa diri.
*Ambil takaful ketika muda dan sihat boleh dapat pulangan lebih tinggi apabila temoh matang takaful.
*Jadi simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
*Kos pengajian semakin tinggi.Anak saya perlu ada takaful pendidikan untuk meringankan beban saya kelak.
*Jadi warisan pusaka untuk anak dan waris sekiranya saya meninggalkan alam fana ini.
*Takaful kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya saya terpaksa dimasukkan ke hospital.
Selamat Bertakaful.

No comments:

Post a Comment